Thursday, October 21, 2010

7 TIPS PENGURUSAN MASA OLEH Brian Tracy

. Work harder at what you do/ BUAT YANG TERBAIK
2. Work faster/ BUAT DENGAN CEPAT/PANTAS
3. work on higher value activities./ BUAT PADA YANG TINGGI NILAINYA
4. Do things you are better at BUAT APA YANG  ANDA HEBAT.
5. Bunch your task / HUBUNG KAITKAN KERJA SEKALI
6. Be flexible/ FLEKSIBLE
7. luangkan lebih masa untuk aktiviti yang paling mendatangkan hasil.
 

Wednesday, October 20, 2010

4. FORMATKLAPORAN KAJIAN PELAJAR TING 6

FORMAT KAJIAN PELAJAR TINGKATAN 6

Halaman Judul                                                            i
Isi kandungan                                                             ii
Abstrak                                                                        iii
   1.0  Pengenalan        1
     1.1   Matlamat Kajian         
     1.2     Objektif Kajian       
     1.3  Persoalan Kajian        
     1.4          Kepentingan Kajian                     
     1.5  Batasan Kajian                                               
   2.0   Sorotan Kajian        4
   3.0   Metodologi Kajian             6
  3.1  Rekabentuk Kajian                                         
  3.2  Persampelan
  3.3  Instrumentasi
  3.4  Prosedur Kajian
  3.5  Kaedah Analisis Data
   4.0   Perbincangan Dapatan Kajian           11
         4.1
  4.2      .................
   5.0   Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan                         20
Rujukan         
Lampiran                                                                   

Tuesday, October 19, 2010

3. PENGURUSAN STRES PEPERIKSAAN


PENGURUSAN STRES/ TEKANAN PEPERIKSAAN

DEFINISI
·                  Stres ialah satu keadaan emosi yang kompleks.
·                  Satu reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di persekitaran.
·                  Faktor-faktor ini seperti:
i.                  Tempat belajar.
ii.               Sikap rakan.
iii.            Hubungan dengan orang lain.
iv.            Tekanan semasa ulangkaji.
v.               Tekanan semasa peperiksaan.

·                  Stres berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara tahap kehendak yang ditetapkan dengan keupayaan untuk memenuhi kehendak tersebut.

Contohnya:
i.                  Hendak mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan tapi banyak tidak faham.
ii.               Hendak belajar banyak  tapi banyak belum ulangkaji.
iii.            Hendak mengulangkaji tapi bahan atau buku atau nota tiada.
iv.            Hendak menggembirakan hati ibu bapa tapi takut keputusan kurang baik.
v.               Hendak belajar lebih masa tapi mengantuk/ badan/otak tidak tahan.
vi.            Hendak menjawab banyak soalan tapi tidak tahu jawapan.
vii.         Hendak menghafal banyak tapi tidak dapat ingat semua.
viii.      Hendak menggembirakan dan membalas jasa ibu bapa dan guru tapi tidak yakin dan takut.
Tanda-tanda stress peperiksaan
1.  Risau
2.  Bimbang
3.  Letih
4.  Mengantuk
5.  Bosan
6.  Sakit
Langkah-langkah mengatasi stres peperiksaan
1.  Rajin berdoa untuk mendapatkan berkat daripada Tuhan.
2.  Minta doa daripada ibu bapa dan guru.
3.  Belajar /ulangkaji mengikut jadual.
4.  Belajar di tempat yang selesa dan tenang.
5.  Kemaskan dan susun bahan-bahan ulangkaji dengan teratur dan kemas.
6.  Berbincang dengan guru bila menghadapi masalah pelajaran seperti kurang memahami sesuatu tajuk, tidak tahu menjawab soalan.
7.  Dapatkan bantuan apabila menghadapi masalah daripada ibu bapa, guru atau kawan dan orang yang boleh dipercayai.
8.  Jaga kesihatan: makan makanan yang seimbang dan berkhasiat, selalu bersenam, tidur mencukupi,minum air yang cukup dan sebagainya yang baik untuk kesihatan.
9.  Rehat apabila sudah tepu belajar.
10.       Cara rehatkan diri seperti:
i.                  Tidur.
ii.               Bersenam (jogging, berenang, main bola dsb)
iii.            Buat sesuatu yang baik yang paling menyeronokkan diri.
iv.            Tenangkan fikiran dengan melupakan pelajaran buat sementara.
v.               Tarik nafas yang panjang.
vi.            Main games yang digemari.
vii.         Menonton movie yang menyeronokkan.
11.       Berfikiran positif iaitu fikir bahawa saya telah melakukan yang terbaik dan yakin boleh mendapatkan yang terbaik untuk diri saya.
12.       Meluahkan perasaan stres dengan orang yang paling menyayangi saya.
13.       Jangan bergaduh dengan orang lain.
14.       Selalu bersama dan mendapatkan sokongan dan dorongan orang yang suka dan menyayangi saya.

 Kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas, 
SEMOGA MAJU JAYA DALAM STPM INI.

SEJARAH STPM

SILA LAYARI BLOG CIKGU WAN SERAIL UNTUK BELAJAR SEJARAH STPMSEJARAH STPM

2. PERLUKAN BANTUAN

BANTUAN RAHSIA
MASALAH-MASALAH YANG SERING DIHADAPI TANPA BANTUAN SESIAPA PUN
SELALU MENYEBABKAN SAYA RASA:
1. RISAU
2.SEDIH
3.TIDAK DAPAT BELAJAR
4.SUSAH BERI TUMPUAN
5.TAKUT
6. KELIRU
7.STRESS
8.MALU
9. HILANG KAWAN
10. DIMARAHI OLEH GURU
11. DIMARAHI OLEH IBU BAPA
12.KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEROSOT
DAN SEBAGAINYA.............

SEBENARNYA ADA BERBAGAI-BAGAI CARA UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ANDA

SEKIRANYA ANDA PERLUKAN BANTUAN SECARA RAHSIA
BOLEHLAH HUBUNGI EMAIL : agathangulehseng@yahoo.com.my
SAYA HARAP DAPAT MENGURANGKAN BEBAN ANDA
SEMOGA ANDA DAPAT MENJADI SEORANG YANG BERSEMANGAT DAN GEMBIRA

1.ISU-ISU REMAJA

ISU-ISU REMAJA YANG INGIN DIBINCANGKAN
1. Bagaimana disukai oleh orang?
2. Bagaimana jadi seorang yang lebih berkeyakinan?
3. Bagaimana mengurus tekanan belajar?

4.Bagaimana menjalin hubungan yang baik dengan ahli keluarga?
5. Bagaimana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan?
6.Bagaimana mengurus hubungan cinta?

7. Bagaimana menjaga kesihatan?
8. Bagaimana menjadi lebih pandai dan bijak?

MACAM-MACAM LAGI

Monday, October 18, 2010

KEHIDUPAN ROHANI

1. MENGENALI TUHAN
2. MEMPERCAYAI TUHAN
3. BELAJAR AJARAN AGAMA
4. RAPATKAN HUBUNGAN DENGAN TUHAN
5. AMALKAN AJARAN AGAMA
6. MENGENALI DIRI SECARA IKHLAS
7. BERUSAHA UNTUK HIDUP BERMAKNA
8. MENERIMA DIRI SECARA TERBUKA
9. YAKIN PADA DIRI
10. MENONJOLKAN KELEBIHAN DIRI
11. SAYANG PADA DIRI
12. SAYANG PADA IBU BAPA DAN ADIK-BERADIK
13. SENTIASA MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN
14. MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN ORANG LAIN
15. SUDI MEMBANTU ORANG LAIN
16. AMALKAN SEMANGAT BERKONGSI DAN BEKERJASAMA

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1.     Semasa dalam kelas tumpukan perhatian terhadap pendidikan.

2.     Pelajar bersikap aktif terhadap penyoalan pendidikan. Pelajar ini juga suka bersoal jawab dengan pendidik atau memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal Socrates pernah berkata “carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal jawab”.

3.     Pelajar yang cemerlang biasanya sudah membuat ulang kaji di rumah sebelum datang ke kelas.Mereka membaca nota yang sama ada nota yang dicari sendiri atau diberikan oleh pendidik.

4.     Pelajar rajin membuat tugasan mereka dengan kemas dan teliti.Mereka mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu tugasan yang bermutu dan berkualiti.Mereka menyiapkan dan menghantar tugasan dalam tempoh yang ditetapkan pendidik.

5.     Pelajar cemerlang menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekelasnya untuk mendapatkan nombor telefon agar dapat belajar,mengadakan perbincangan dan sebagainya secara bersama.  

6.     Pelajar cemerlang akan mengambil berat akan keperluan diri dan orang lain.

7.     Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempuh kejayaan dalam pendidikan.

8.     Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. 

9.     sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujianatau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal)atau pihak kementerian(peperiksaan yang sebenarnya).

10.                     Menyediakan keperluan peralatan pembelajaran yang mencukupi seperti buku rujukan,buku Latihan, nota ringkas dan sebagainya.

11.                     Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam Waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

12.                     Mendapat bantuan pendidik atau rakan-rakan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajr perlu mendapatkan bantuan  kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran atau mendapatkan penerangan pendidik bagi pelajar yang telah tertinggal itu.

13.                     Bersikap murni dan berakhlak mulia, iaitu bersopan santun, baik hati, adil dfan sebagainya.

14.                     Sentiasa menghormati pendidik sama ada semasa sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu diluar kelas. Pendidik adalah sumber ilmu. Oleh itu, sentiasa menghormati pendidik yangmemberikan ilmu.

15.                     Sering member pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan , rakan-rakan pelajar  dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan ,mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

16.                     Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya akan dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

17.                     Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

18.                     Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti bibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil  itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan sebenar.

19.                     Menyediakan jadual waktui untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat pendidik untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual  ini mesti dipatuhi.

20.                     Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.   



CARA ULANGKAJI


CARA ULANGKAJI PELAJARAN
1.      Rancangkan Jadual Waktu ulangkaji dengan sistematik dan terperinci.
2.      Dapatkan semua bahan pelajaran yang diperlukan untuk setiap mata pelajaran.
(sukatan pelajaran, buku rujukan, buku soalan tahun-tahun lepas, nota-nota penting dsb).
3.      Minta bantuan daripada guru mata pelajaran tentang teknik belajar, teknik membuat nota, format peperiksaan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan penekanan setiap mata pelajaran.

4.      Mulakan ulangkaji secara sistematik dengan belajar:
i.                    Tema –tema.
ii.                  Tajuk .
iii.                Subtajuk.
iv.               Konsep-konsep penting.
v.                 Isi-isi pelajaran secara terperinci.
vi.               Buat nota penting dalam bentuk peta minda.
vii.             Jawab semua soalan tahun-tahun lepas.

5.      Sentiasa berbincang dengan kawan dalam kumpulan.
6.      Minta penerangan daripada guru apabila masih kurang memahami sesuatu isi pelajaran.
7.      Kuatkan motivasi kendiri dan semangat untuk belajar.
8.      Sentiasa mempunyai pemikiran positif dan yakin diri untuk berjaya dalam pelajaran.
9.      Mempunyai sasaran untuk memasuki Universiti.
10.  Sentiasa berasa seronok belajar.



KAEDAH BELAJAR SQ3R


Kaedah SQ3R (Diana Blerkom,1977)
Bil
Kaedah
Huraian
1
Survey
1.                 Baca tajuk.
2.                 Baca bahagian pengenalan dengan pantas.
3.                 Baca bahagian yang dihitamkan.
4.                 Baca tajuk bagi gambar rajah, peta, carta, dan bahagian rumusan.
5.                 Baca sepintas lalu soalan di bahagian akhir buku.
6.                 Anda akan ketahui secara umum berkaitan dengan bahan bacaan setelah anda membuat tinjauan.
2
Question
1.                 Tanyakan diri anda  berkaitan dengan bab yang akan anda baca.
2.                 Cuba bina soalan yang membolehkan anda menjawab semasa anda membaca.
3.                 Dengan cara menukarkan subjek tajuk menjadi soalan.
4.                 Baca bahan bacaan dari satu bahagian kepada satu bahagian.
3
Read
Semasa anda membaca, dapatkan anda menjawab soalan yang anda bina.
4
Recite
1.     Berhenti apabila selesai membaca satu bahagian.
2.     Semak sama ada anda dapat menjawab soalan dalam bahagian ini.
3.     Sekiranya gagal menjawab, semak semula bahan bacaan anda bagi mendapatkan jawapan.
4.     Buat rumusan hasil daripada bahan bacaan anda dalam perkataan anda sendiri.
5
Review
1.     Apabila selesai membaca keseluruhan bahan bacaan, ulang semula bagi setiap bahagian; ingat semula soalan anda dan cuba menjawab semula.
2.     Nyatakan semula secara lisan apa yang telah anda baca ataupun dengan memberitahu orang lain apa yang telah and abaca.
3.     Rehatkan diri anda selepas membaca dalam tempoh 45 minit untuk mengelakkan daripada timbul rasa ketidakselesaan, jemu dan sebagainya yang boleh mengganggu tumpuan anda.


KAEDAH BELAJAR 6R


Kaedah Belajar (Sistem Cornell) = 6 R
Bil
Kaedah
Huraian
1
Record
i.                                Catatkan isi yang disampaikan di ruang ‘A’.
ii.                              Gunakan singkatan yang difahami oleh anda semasa mencatat nota.
2
Reduce
i.                    Baca nota yang dicatat dan kenalpasti isi utama, isi sokongan, contoh dan bina soalan sendiri.
ii.                  Catatkan maklumat yang dikenalpasti di dalam ruang ‘B’.
3
Recite
i.                    Lihat isi utama di dalam ruang ‘B’ dan sebut semula dengan sepenuhnya maksud isi utama dalam perkataan sendiri.
ii.                  Lihat semula nota yang dicatat di dalam ruang ‘A’ bagi memastikan ketepatan apa yang telah anda katakan.
4
Reflect
Buat refleksi terhadap nota yang telah dituliskan seperti:
Apakah yang telah saya fahami daripada:
i.                    Isi-isi yang dicatatkan.
ii.                  Soalan-soalan yang dibina.
iii.                Kekuatan dan kekurangan nota.
iv.               Teknik mengingat yang berkesan.
5
Review
i.                    Sering melakukan ulang kaji terhadap nota yang dicatat.
ii.                  Ulang kaji dilakukan sebelum P &P dan selepas P & P.
iii.                Ulang kaji sewaktu masa terluang seperti semasa menunggu bas, menanti sahabat dan sebagainya.
6
Recapitulate
i.                    Buat rumusan hasil daripada nota yang dicatatkan di dalam ruang ‘C’.
ii.                  Rumusan yang dibuat dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud sebenar.
iii.                Buat rumusan bagi setiap muka surat yang dicatatkan nota.
iv.               Buat rumusan keseluruhan nota yang diajar.