Monday, October 18, 2010

TEKNIK BELAJAR GEOGRAFI FIZIKAL STPM 942/1

TEKNIK BELAJAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM

KERTAS 1 (942/1)

1. Memahami semua konsep untuk menjawab soalan (a)

2. Memahami setiap proses-proses Geografi Alam Sekitar Fizikal untuk menjawab soalan (b).

3. Memahami setiap proses pembentukan bentuk muka bumi dan kepentingannya terhadap alam sekitar manusia untuk menjawab soalan (b )

4. Memahami kesan-kesan alam sekitar fizikal terhadap alam sekitar manusia untuk menjawab soalan (c ).

5. Memahami langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar fizikal iaitu langkah perundangan, pengurusan dan kempen atau pendidikan alam sekitar untuk menjawab soalan (c )

6. Sediakan semua bahan-bahan rujukan yang diperlukan untuk belajar seperti

7. Belajar secara sistematik iaitu mengikut tema-tema dan topik-topik secara berurutan.

8. Buat nota dalam bentuk peta minda setiap kali belajar.

9. Nota peta minda mestilah menarik dan berwarna untuk menguatkan ingatan dan motivasi belajar.

10. Lukiskan gambar rajah yang berkaitan. Markah bonus akan diberikan dalam peperiksaan.

11. Sentiasa berbincang dengan kawan-kawan yang bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

12. Dapatkan bimbingan daripada guru sekiranya masih kurang memahami isi kandungan pelajaran.

13. Sentiasa bergaul baik dengan rakan sekelas dan guru-guru.

No comments:

Post a Comment