PENGURUSAN STRES/ TEKANAN PEPERIKSAAN
DEFINISI
· Stres ialah satu keadaan emosi yang kompleks.
· Satu reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di persekitaran.
· Faktor-faktor ini seperti:
i. Tempat belajar.
ii. Sikap rakan.
iii. Hubungan dengan orang lain.
iv. Tekanan semasa ulangkaji.
v. Tekanan semasa peperiksaan.
· Stres berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara tahap kehendak yang ditetapkan dengan keupayaan untuk memenuhi kehendak tersebut.
Contohnya:
i. Hendak mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan tapi banyak tidak faham.
ii. Hendak belajar banyak tapi banyak belum ulangkaji.
iii. Hendak mengulangkaji tapi bahan atau buku atau nota tiada.
iv. Hendak menggembirakan hati ibu bapa tapi takut keputusan kurang baik.
v. Hendak belajar lebih masa tapi mengantuk/ badan/otak tidak tahan.
vi. Hendak menjawab banyak soalan tapi tidak tahu jawapan.
vii. Hendak menghafal banyak tapi tidak dapat ingat semua.
viii. Hendak menggembirakan dan membalas jasa ibu bapa dan guru tapi tidak yakin dan takut.
Tanda-tanda stress peperiksaan
1. Risau
2. Bimbang
3. Letih
4. Mengantuk
5. Bosan
6. Sakit
Langkah-langkah mengatasi stres peperiksaan
1. Rajin berdoa untuk mendapatkan berkat daripada Tuhan.
2. Minta doa daripada ibu bapa dan guru.
3. Belajar /ulangkaji mengikut jadual.
4. Belajar di tempat yang selesa dan tenang.
5. Kemaskan dan susun bahan-bahan ulangkaji dengan teratur dan kemas.
6. Berbincang dengan guru bila menghadapi masalah pelajaran seperti kurang memahami sesuatu tajuk, tidak tahu menjawab soalan.
7. Dapatkan bantuan apabila menghadapi masalah daripada ibu bapa, guru atau kawan dan orang yang boleh dipercayai.
8. Jaga kesihatan: makan makanan yang seimbang dan berkhasiat, selalu bersenam, tidur mencukupi,minum air yang cukup dan sebagainya yang baik untuk kesihatan.
9. Rehat apabila sudah tepu belajar.
10. Cara rehatkan diri seperti:
i. Tidur.
ii. Bersenam (jogging, berenang, main bola dsb)
iii. Buat sesuatu yang baik yang paling menyeronokkan diri.
iv. Tenangkan fikiran dengan melupakan pelajaran buat sementara.
v. Tarik nafas yang panjang.
vi. Main games yang digemari.
vii. Menonton movie yang menyeronokkan.
11. Berfikiran positif iaitu fikir bahawa saya telah melakukan yang terbaik dan yakin boleh mendapatkan yang terbaik untuk diri saya.
12. Meluahkan perasaan stres dengan orang yang paling menyayangi saya.
13. Jangan bergaduh dengan orang lain.
14. Selalu bersama dan mendapatkan sokongan dan dorongan orang yang suka dan menyayangi saya.
Kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas,
SEMOGA MAJU JAYA DALAM STPM INI.
Langkah-langkah amat membantu saya dalam pengurusan stress.. :)
ReplyDelete