Monday, October 18, 2010

KAEDAH BELAJAR 6R


Kaedah Belajar (Sistem Cornell) = 6 R
Bil
Kaedah
Huraian
1
Record
i.                                Catatkan isi yang disampaikan di ruang ‘A’.
ii.                              Gunakan singkatan yang difahami oleh anda semasa mencatat nota.
2
Reduce
i.                    Baca nota yang dicatat dan kenalpasti isi utama, isi sokongan, contoh dan bina soalan sendiri.
ii.                  Catatkan maklumat yang dikenalpasti di dalam ruang ‘B’.
3
Recite
i.                    Lihat isi utama di dalam ruang ‘B’ dan sebut semula dengan sepenuhnya maksud isi utama dalam perkataan sendiri.
ii.                  Lihat semula nota yang dicatat di dalam ruang ‘A’ bagi memastikan ketepatan apa yang telah anda katakan.
4
Reflect
Buat refleksi terhadap nota yang telah dituliskan seperti:
Apakah yang telah saya fahami daripada:
i.                    Isi-isi yang dicatatkan.
ii.                  Soalan-soalan yang dibina.
iii.                Kekuatan dan kekurangan nota.
iv.               Teknik mengingat yang berkesan.
5
Review
i.                    Sering melakukan ulang kaji terhadap nota yang dicatat.
ii.                  Ulang kaji dilakukan sebelum P &P dan selepas P & P.
iii.                Ulang kaji sewaktu masa terluang seperti semasa menunggu bas, menanti sahabat dan sebagainya.
6
Recapitulate
i.                    Buat rumusan hasil daripada nota yang dicatatkan di dalam ruang ‘C’.
ii.                  Rumusan yang dibuat dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud sebenar.
iii.                Buat rumusan bagi setiap muka surat yang dicatatkan nota.
iv.               Buat rumusan keseluruhan nota yang diajar.

No comments:

Post a Comment