CARA ULANGKAJI PELAJARAN
1. Rancangkan Jadual Waktu ulangkaji dengan sistematik dan terperinci.
2. Dapatkan semua bahan pelajaran yang diperlukan untuk setiap mata pelajaran.
(sukatan pelajaran, buku rujukan, buku soalan tahun-tahun lepas, nota-nota penting dsb).
3. Minta bantuan daripada guru mata pelajaran tentang teknik belajar, teknik membuat nota, format peperiksaan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan penekanan setiap mata pelajaran.
4. Mulakan ulangkaji secara sistematik dengan belajar:
i. Tema –tema.
ii. Tajuk .
iii. Subtajuk.
iv. Konsep-konsep penting.
v. Isi-isi pelajaran secara terperinci.
vi. Buat nota penting dalam bentuk peta minda.
vii. Jawab semua soalan tahun-tahun lepas.
5. Sentiasa berbincang dengan kawan dalam kumpulan.
6. Minta penerangan daripada guru apabila masih kurang memahami sesuatu isi pelajaran.
7. Kuatkan motivasi kendiri dan semangat untuk belajar.
8. Sentiasa mempunyai pemikiran positif dan yakin diri untuk berjaya dalam pelajaran.
9. Mempunyai sasaran untuk memasuki Universiti.
10. Sentiasa berasa seronok belajar.
No comments:
Post a Comment