Panduan Menghadapi Peperiksaan
Sebelum Peperiksaan
1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan huraian sukatan pelajaran.
2. Mengadakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.
3. Mendapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan mata pelajaran tepat.
4. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.
Hari Peperiksaan
1. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan.
2. Datang awal ke dewan peperiksaan.
3. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhir bersama-sama dengan rakan.
4. Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui.
5. Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada diri.
Semasa Peperiksaan
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.
3. Baca setiap soalan dengan teliti.
4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan, bilangan soalan peperiksaan yang perlu dijawab dan diperuntukkan bagi setiap soalan dan pecahan soalan.
6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
7. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar.
8. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan.
9. Pastikan nombor angka giliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan.
10. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti.
11. Letakkan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan.
Selepas Peperiksaan
1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
2. Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
3. Yakin pada keupayaan diri dalam peperiksaan.
4. Rehat dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
Semasa Peperiksaan
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak
melakukannya.
3. Baca setiap soalan dengan teliti.
4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan, bilangan soalan peperiksaan yang perlu dijawab dan diperuntukkan bagi setiap soalan dan pecahan soalan.
6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
7. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar.
8. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan.
9. Pastikan nombor angka giliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan.
10. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti.
11. Letakkan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan.
Selepas Peperiksaan
1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
2. Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
3. Yakin pada keupayaan diri dalam peperiksaan.
4. Rehat dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
No comments:
Post a Comment