Monday, October 18, 2010

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1.     Semasa dalam kelas tumpukan perhatian terhadap pendidikan.

2.     Pelajar bersikap aktif terhadap penyoalan pendidikan. Pelajar ini juga suka bersoal jawab dengan pendidik atau memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal Socrates pernah berkata “carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal jawab”.

3.     Pelajar yang cemerlang biasanya sudah membuat ulang kaji di rumah sebelum datang ke kelas.Mereka membaca nota yang sama ada nota yang dicari sendiri atau diberikan oleh pendidik.

4.     Pelajar rajin membuat tugasan mereka dengan kemas dan teliti.Mereka mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu tugasan yang bermutu dan berkualiti.Mereka menyiapkan dan menghantar tugasan dalam tempoh yang ditetapkan pendidik.

5.     Pelajar cemerlang menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekelasnya untuk mendapatkan nombor telefon agar dapat belajar,mengadakan perbincangan dan sebagainya secara bersama.  

6.     Pelajar cemerlang akan mengambil berat akan keperluan diri dan orang lain.

7.     Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempuh kejayaan dalam pendidikan.

8.     Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. 

9.     sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujianatau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal)atau pihak kementerian(peperiksaan yang sebenarnya).

10.                     Menyediakan keperluan peralatan pembelajaran yang mencukupi seperti buku rujukan,buku Latihan, nota ringkas dan sebagainya.

11.                     Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam Waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

12.                     Mendapat bantuan pendidik atau rakan-rakan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajr perlu mendapatkan bantuan  kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran atau mendapatkan penerangan pendidik bagi pelajar yang telah tertinggal itu.

13.                     Bersikap murni dan berakhlak mulia, iaitu bersopan santun, baik hati, adil dfan sebagainya.

14.                     Sentiasa menghormati pendidik sama ada semasa sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu diluar kelas. Pendidik adalah sumber ilmu. Oleh itu, sentiasa menghormati pendidik yangmemberikan ilmu.

15.                     Sering member pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan , rakan-rakan pelajar  dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan ,mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

16.                     Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya akan dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

17.                     Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

18.                     Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti bibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil  itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan sebenar.

19.                     Menyediakan jadual waktui untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat pendidik untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual  ini mesti dipatuhi.

20.                     Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.   



No comments:

Post a Comment