Monday, October 18, 2010

KAEDAH BELAJAR SQ3R


Kaedah SQ3R (Diana Blerkom,1977)
Bil
Kaedah
Huraian
1
Survey
1.                 Baca tajuk.
2.                 Baca bahagian pengenalan dengan pantas.
3.                 Baca bahagian yang dihitamkan.
4.                 Baca tajuk bagi gambar rajah, peta, carta, dan bahagian rumusan.
5.                 Baca sepintas lalu soalan di bahagian akhir buku.
6.                 Anda akan ketahui secara umum berkaitan dengan bahan bacaan setelah anda membuat tinjauan.
2
Question
1.                 Tanyakan diri anda  berkaitan dengan bab yang akan anda baca.
2.                 Cuba bina soalan yang membolehkan anda menjawab semasa anda membaca.
3.                 Dengan cara menukarkan subjek tajuk menjadi soalan.
4.                 Baca bahan bacaan dari satu bahagian kepada satu bahagian.
3
Read
Semasa anda membaca, dapatkan anda menjawab soalan yang anda bina.
4
Recite
1.     Berhenti apabila selesai membaca satu bahagian.
2.     Semak sama ada anda dapat menjawab soalan dalam bahagian ini.
3.     Sekiranya gagal menjawab, semak semula bahan bacaan anda bagi mendapatkan jawapan.
4.     Buat rumusan hasil daripada bahan bacaan anda dalam perkataan anda sendiri.
5
Review
1.     Apabila selesai membaca keseluruhan bahan bacaan, ulang semula bagi setiap bahagian; ingat semula soalan anda dan cuba menjawab semula.
2.     Nyatakan semula secara lisan apa yang telah anda baca ataupun dengan memberitahu orang lain apa yang telah and abaca.
3.     Rehatkan diri anda selepas membaca dalam tempoh 45 minit untuk mengelakkan daripada timbul rasa ketidakselesaan, jemu dan sebagainya yang boleh mengganggu tumpuan anda.


No comments:

Post a Comment